Wednesday, September 28, 2011

Papah selepas pepah

Mari Belajar Bersama Prof Madya Dr Nor Hisham Osman
bhsastera@bharian.com.my
2011/09/28


Mat: Risau aku tengok sekarang ni!!

Razi: Risau tengok apa??

Mat: Orang sekarang ni la ….
Razi: Apanya??

Mat: Ni ha!! Dalam surat khabar ni, cerita kes ragut lagi … hari-hari ada cerita ragut ni!!


Razi: Kes ragut?! Dah tak jadi berita dah ….


Mat: Tak jadi berita??

Razi: A’ aa …. Dah hari-hari ada, macam mana nak jadi berita sensasi?! Orang dah tak hairan dah ….

Mat: Betul gak tu. Kau nak tau Zi?


Razi: Nak! Nak! .... Tapi apa?


Mat: Hahahaa … itulah perangai kau, belum tau apa-apa, dah nak aje!!


Razi: Yalah!! Aku nak tau juga apa cerita kau ni. Mesti lain daripada berita dalam surat khabar … barulah jadi berita!! Hehehee .…


Mat: Hehehe … sama gak!! Cerita ragut gak ….


Razi: Huh ….


Mat: Tapi yang ini aku tengok sendiri!!


Razi: Kat mana?


Mat: Kat simpang depan bank nu … ada sorang kakak tu baru keluar bank. Tengah dia seluk hand bag nak ambil kunci kereta, tiba-tiba sebuah motor ni datang dan pemboncengnya sambar hand bag tu.


Razi: Dapat ke?


Mat: Tak!! Akak tu nasib baik sebab tali hand bag tu bersilang kat bahu dia. Bila dia sedar ada orang tarik, dia rentap le hand bag dia tu.


Razi: Putus ke??


Mat: Tak …. Tapi pembonceng tu yang terjatuh dari motor. Terlentang atas jalan!! Penunggang terus aje pecut tinggalkan kawan dia tu.


Razi: Yang jatuh tu tak lari ke??


Mat: Dia jatuh kepala dulu, pening le gamaknya, tak larat nak bangun. Apa lagi orang lain yang ada sekeliling tu datang, pakat ramai-ramai angkat dan pepah le, bawa ke tepi jalan.


Razi: Huh!! Baik-baiknya orang kat situ!


Mat: Kenapa kau kata macam tu?


Razi: Ya laa .… Ramai-ramai kat situ pakat semua tolong pulak peragut tu! Kalau aku ada kat situ, tak tau la apa jadi pada peragut tu ….


Mat: Tak adalah!! Tak ada siapa yang tolong ….


Razi: Eh!! Tadi kau yang kata semua pakat tolong dia?!!


Mat: Bila pulak aku kata semua orang tolong?


Razi: Aih!! Kau yang cakap tadi, semua orang tolong angkat dan papah budak peragut tu ke tepi jalan. Itu menolong le namanya ….


Mat: Laa …. Bila pulak aku kata gitu!! Aku kata orang angkat dan pepah!! Bukannya papah ….


Razi: Oooo ... pepah! Aku dengar macam papah tadi. Lain kali cakaplah jelas-jelas, barulah orang boleh faham maksud sebenar!! Bahasa Melayu ni banyak perkataan yang ada bunyi dekat-dekat tapi makna berbeza.


Mat: Aku dah cakap betul dah!! Kau tu yang tak berada dengar, koreklah sikit lubang telinga tu. Dah tersumbat kut!! Hehehhe …. Tapi selepas tu, memang kena papah pun budak tu sebab ... orang kat situ pakat pepah ramai-ramai sampai lembik budak tu. Nasib baik polis sampai, kebetulan pulak kereta peronda polis tu lalu kat situ. Lepas tu mereka pakat ramai-ramai papah dia bawa masuk kereta polis!!


Razi: Hehehe … papah selepas pepah le yek??


Glosari

Papah - bangun atau berjalan dengan berpegang atau berpaut pada bahu orang lain
Pepah - pukul, belasah

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Diriku Bersama DIA

Diriku Bersama DIA
Daisypath Anniversary tickers